Assalamu’alaikum wrh wbr kth dan Salam Sejahtera,
Pertubuhan Kebajikan Islam Perodua (PERKIP) dengan penuh rasa tanggungjawab ingin membantu meringankan beban mereka yang terjejas. Sehubungan dengan itu PERKIP melancarkan Tabung Bencana Alam bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa bencana alam dari kalangan kakitangan Perodua.
Cara menyumbang :
Sila Imbas QR DuitNow PERKIP (seperti dalam poster).
Atau secara online transfer ke Akaun rasmi PERKIP :
Nama Akaun : Pertubuhan Kebajikan Islam Perodua (PERKIP)
Nama Bank : Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB)
Nombor Akaun : 12010001118718
Rujukan : Tabung Bencana Alam
Marilah kita bersama-sama berganding bahu membantu mereka yang memerlukan. Setiap sumbangan anda amat bermakna bagi mereka yang terjejas. Semoga dengan sumbangan ini, Allah SWT mengurniakan ganjaran yang lebih baik serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📞Ustaz Mohd Zainoren Ahmad Zahid – 011-57868786
📞Mior Ahmad Rashidi Mior Ahmad Darwish – 019-2527198
📞Ustaz Mohd Azizi Hj Hassan – 012-6829491
Mohon Kerjasama semua pihak agar dapat memanjangkan hebahan ini kepada seluruh kakitangan terutamanya kepada mereka yang tidak dapat dicapai menerusi emel.
Terima kasih di atas sokongan anda. Bersama kita bantu.
Pertubuhan Kebajikan Islam Perodua (PERKIP)
